Jurnal Karya Asli Lorekan Ahli Matematik Vol. 1 No.1 (2008) Page 103-110.
Jurnal
Karya Asli Lorekan
Ahli Matematik
© 2008 Jurnal Karya Asli Lorekan Ahli Matematik
Published by Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
PENGOPTIMUMAN DALAM PENGURUSAN SUMBER
PERIKANAN LAUT BAGI PUKAT TUNDA
Nik Hashim Nik Mustapha
Jabatan Ekonomi
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
nhm06@umt.edu.my
Abstrak: Pengurusan sumber perikanan dalam ekonomi sering dijelaskan secara teori seolah-olah tidak wujud kaedah yang
boleh diguna pakai secara praktik. Kertas kerja ini bertujuan untuk menggabungkan kaedah matematik dengan statistik untuk
mengukur dan menjelaskan beberapa konsep asas seperti tangkapan mapan maksimum (MSY), tangkapan mapan ekonomi
(ESY), kesampaian terbuka (open-access), kebolehan tampung maksimum (maximum carrying capacity) bagi pengurusan
sumber perikanan statik (steady-state) pelbagai spesis pukat tunda di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Kajian ini tertumpu
kepada beberapa spesis ikan yang ditangkap dan didaratkan secara seretak oleh pukat tunda. Antara jenis ikan yang dikaji
sebahagiannya dikenal pasti berhadapan dengan masalah kepupusan manakala yang lain didapati lebih selamat daripada masalah
tersebut dan boleh dieksploitasi oleh nelayan (fishers). Potensi sumber perikanan dan kemerosotan sumber berkenaan dianalisis
berdasarkan keupayaan populasi untuk bertahan terhadap ancaman pengeluaran yang semakin tinggi dengan bertambahnya
bilangan penduduk di negeri ini. Kertas kerja ini juga akan membincangkan dasar yang berkaitan dengan pengurusan sumber
perikanan khususnya di kawasan kajian dan umumnya untuk pengurusan sumber perikanan di Malaysia.
1. Pengenalan
Sumber perikanan laut di Malaysia terutamanya di kawasan perairan pantai dijangka telah mengalami
kepupusan. Tanggapan ini adalah berdasarkan kepada beberapa fakta: Pertama, sumber perikanan laut telah
diteroka buat jangka masa yang lama, dan permintaan terhadapnya semakin berkembang dengan tersebar sistem
pemasaran secara komersil. Kedua, peningkatan penduduk Malaysia yang sebahagian besarnya berminat dengan
ikan laut kian bertambah dari masa ke semasa dan pasaran ikan kini sudah dieksport ke luar Negara. Ketiga,
sumber perikanan di kawasan zon ekonomi ekslusif (EZZ) Malaysia kerapkali dicerobohi oleh Negara-negara
jiran yang lebih berdaya maju dalam alat tangkapan seperti bot dan pukat. Pendaratan ikan laut walaupun
meningkat, kadar pertambahannya adalah kecil atau sederhana. Pada tahun 1995 pendaratan ikan di
Semenanjung Malaysia berjumlah 819,464 tan metrik. Angka ini telah meningkat kepada 933,893 tan metrik
(2000) dan 949,102 tan metrik (2004) (Perangkaan Perikanan Tahunan 2004). Bagi tahun 1995-2004 kadar
pertumbuhan tangkapan menyamai 3.3 peratus setahun. Bagaimanapun, pendaratan udang memperlihatkan
kuantiti pendaratan yang semakin rendah dari 70,062 tan metric (1995) kepada 58,950 tan metrik (2000) dan
51,274 tan metric (2004).
Peningkatan pendaratan ikan pada masa ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh perluasan
kawasan zon tangkapan dengan terlaksananya projek laut dalam bagi vesel yang lebih besar GRT. Berdasarkan
maklumat pendaratan 2003-2004 maka satu kajian bioekonnomik perikanan dilakukan untuk mendapat
maklumat terkini terhadap penerokaan sumber perikanan laut. Objektif kajian ini adalah untuk menganggar
fungsi perikanan dan mengenalpasti paras hasil mapan maksimum (MSY), hasil mapan ekonomi (ESY), hasil
kesampaian terbuka (OAY) dan daya tampung maksimum (MCC) bagi beberapa jenis ikan terpilih. Sewa
ekonomi (economic rent) bagi setiap kes di atas akan diperoleh untuk perbandingan.
2. Pengurusan Perikanan Statik (Steady State)
Teori pengurusan sumber perikanan yang akan diguna pakai dalam kajian ini berasaskan model
kuadratik Shaefer (1957) yang diasaskan oleh Gordon 1954 untuk mendapat maklumat populasi perikanan
dinamik. Penjelasan lengkap terbitan fungsi bioekonomik ini dibincangkan dalam artikal oleh Nik Hashim dan
Nik Faud (2006). Fungsi kuadratik dipilih kerana memenuhi syarat-syarat ujian statistik disamping senang
menghasilkan konsep-konsep MSY, ESY dan OEY dan yang lain-lain mikipun terdapat model perikanan laut
seperti model Fox (King 1995: 204). Kepada seorang ekonomi apa yang lebih penting ialah bertujuan untuk
mengenal pasti usaha perikinan yang boleh mendatangkan pulangan maksimum kepada pengusaha. Matlamat
keuntungan maksimum adalah berbeza daripada matlamat biologi perikanan yang memfokuskan kepada sumber
perikanan yang boleh diterokai tanpa menjejaskan kesediadaan sumber tersebut. Ini dapat dijelaskan oleh kata

Tidak ada komentar:
Posting Komentar